Saturday 15 June 2013

OSTEMATRIX SHAKLEE

Assalamualaikum. Good morning! (^__^) senyum sket pagi2 nie... Ok harini saya nak memperkenalkan suppliment OSTEMATRIX SHAKLEE!








OSTEMATRIX BAGUS UNTUK TULANG


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 


Lebih daripada Sekadar Kalsium


OsteMatrix  membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 


Kisah selingan

Siapa tak minum susu?

Mak saya seorang yang tidak meminum susu. Ye sejak muda lagi. Atas sebab itulah beliau mengalami Osteoporosis. Lepas dah terkena ni baru nak minum susukan. Agak terlewat lah dengan usia sekarang baru nak meminum susukan. Itupun kena paksa diri, minum sambil tutup hidung. Kalau tak memang kompem muntah! Korang pun adekan jumpa orang cenggini. 

Saya sendiri pun dahulunya seorang yang tak minum susu. Ikut mak lah tu! ;P   Seriyes, cium susu pun rase nak muntah. Tapi semakin meningkat dewasa neh (cewah) atas kesedaran sendiri, kesan hari tua nanti, saya pun cuba untuk melatih diri minum susu. Sebenarnya minda kita ni je. Kalau dah di setkan dalam kepala tu> eee... tak tahan lah minum susu! >eee... bau dia pun da buat aku muntah!bau lembu! >eee...muak le minum susu ni!  paling tak boleh blah, >buat ape minum susu?ingat budak2 ke?  haa...kaannn...

Cuba kita didik minda kita, minum susu ni bagus untuk kesihatan. Bagus untuk tulang. Masa nak minum tu terutama yang baru first time nak belajor minum susu (padahal masa kecik dah tentu2 korang minum susukan. Takkan la baru2 keluar menguekkk dari perut mak terus minum kopi kannn... ;p  ) tu, cube setkan dalam minda. "Ok aku tak kisah pun minum susu. Alah...rase macam soya je... Aku takkan muntah punyerrr...Mesti MINUM! Nak jaga kesihatan!" Lepas tu korang minum lah slow2. Sikit2 pun takpe. Sikit2 lama2 jadi bukit. Hehe... Betul, saya buat cenggitu la masa mule2 nak didik diri minum susu! Hello!Saya start minum susu (tepung) dalam 2 tahun lepas ok! Yang tengah muda remaja lagi, budak2 sekolah lagi tu, baik la korang start dari sekarang. Jangan da jadi 'remaja purba' baru nak start minum! Jangan nanti bila kita da masuk kategori warga emas, baru nak menyesal ek... Ni bagitau awal2 neh! Kisah pengajaran nih!


MAK SAYA DAH MENCUBA!

Ok berbalik kepada topik asal. Oleh kerana mak saya seorang yang tidak minum susu, memang ubat kalsium ada dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi itu ubat bukan SUPPLIMENT! Suppliment SHAKLEE ni sentiasa selamat ok! Terdiri daripada bahan-bahan semulajadi! Saya pun tanya dengan kawan saya  Cia (nama ko masuk lagi dlm n3 neh! ;p ) tentang suppliment yg sesuai untuk mak saya ni. Sebelum ni saya dah pernah beli kat dia GLA dari Shaklee tengok sini (GLA COMPLEX). So Cia cadangkan OSTEMATRIX ni kat mak saya.

Lepas mak saya try tu, dalam seminggu tu mak saya terasa la kesannya. Mak saya ada masalah sakit lutut jugak. So kalau berdidi atau berjalan lama2 tu memang tak larat la. Even kalau duduk kat bawah tu, bila nak bangun balik mesti susah. So bila ambil OSTEMATRIX ni, mak saya cakap, rasa lagi cergas. Sakit lutut pun makin berkurang. ALHAMDULILLAH... Suka saya bila mak kata ada nampak kesan. Sebab mak saya ni pun jenis apa orang kata, jenis susah nak rasi jugak dengan ubat2 semua ni. Sebelum ni macam2 la produk kesihatan dah try tapi takda kesan pun kata mak. Sekarang baru nak masuk botol kedua. Kali ni saya boleh beli sendiri sebab saya dah mendaftar sebagai ahli SHAKLEE! =)  Saya hanya memerlukan khidmat nasihat atau tanya apa2 yang tak faham je dengan Cia. Hehe...

Oh ya OSTEMATRIX ni bagus jugak untuk sesiapa yang cepat letih bila kerja kan. Macam kawan saya dia seorang isteri, ibu dan bekerja jugak! Mana nak kerja lagi, uruskan hal rumah tangga lagi. Memang dia lesu sangat2. Tapi lepas ambil OSTEMATRIX ni, dengan izin Allah barulah badan dia kembali cergas. Takdelah letih macam sebelum2 ni.

Jadi, apa tunggu lagi! JOM DAPATKAN SEGERA OSTEMATRIX NI! Mak saya dah mencuba! Mak, Ayah, atau diri anda sendiri bila lagi???

Sebarang pertanyaan atau nak share mengenai khasiat OSTEMATRIX dialu-alukan ye. Jika berminat boleh komen, PM atau emel saya. Like FB Waniez ShopZ ye... =)

*Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!!! =)
















No comments:

Post a Comment