Saturday 15 June 2013

OSTEMATRIX SHAKLEE

Assalamualaikum. Good morning! (^__^) senyum sket pagi2 nie... Ok harini saya nak memperkenalkan suppliment OSTEMATRIX SHAKLEE!








OSTEMATRIX BAGUS UNTUK TULANG


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 


Lebih daripada Sekadar Kalsium


OsteMatrix  membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 


Kisah selingan

Siapa tak minum susu?

Mak saya seorang yang tidak meminum susu. Ye sejak muda lagi. Atas sebab itulah beliau mengalami Osteoporosis. Lepas dah terkena ni baru nak minum susukan. Agak terlewat lah dengan usia sekarang baru nak meminum susukan. Itupun kena paksa diri, minum sambil tutup hidung. Kalau tak memang kompem muntah! Korang pun adekan jumpa orang cenggini. 

Saya sendiri pun dahulunya seorang yang tak minum susu. Ikut mak lah tu! ;P   Seriyes, cium susu pun rase nak muntah. Tapi semakin meningkat dewasa neh (cewah) atas kesedaran sendiri, kesan hari tua nanti, saya pun cuba untuk melatih diri minum susu. Sebenarnya minda kita ni je. Kalau dah di setkan dalam kepala tu> eee... tak tahan lah minum susu! >eee... bau dia pun da buat aku muntah!bau lembu! >eee...muak le minum susu ni!  paling tak boleh blah, >buat ape minum susu?ingat budak2 ke?  haa...kaannn...

Cuba kita didik minda kita, minum susu ni bagus untuk kesihatan. Bagus untuk tulang. Masa nak minum tu terutama yang baru first time nak belajor minum susu (padahal masa kecik dah tentu2 korang minum susukan. Takkan la baru2 keluar menguekkk dari perut mak terus minum kopi kannn... ;p  ) tu, cube setkan dalam minda. "Ok aku tak kisah pun minum susu. Alah...rase macam soya je... Aku takkan muntah punyerrr...Mesti MINUM! Nak jaga kesihatan!" Lepas tu korang minum lah slow2. Sikit2 pun takpe. Sikit2 lama2 jadi bukit. Hehe... Betul, saya buat cenggitu la masa mule2 nak didik diri minum susu! Hello!Saya start minum susu (tepung) dalam 2 tahun lepas ok! Yang tengah muda remaja lagi, budak2 sekolah lagi tu, baik la korang start dari sekarang. Jangan da jadi 'remaja purba' baru nak start minum! Jangan nanti bila kita da masuk kategori warga emas, baru nak menyesal ek... Ni bagitau awal2 neh! Kisah pengajaran nih!


MAK SAYA DAH MENCUBA!

Ok berbalik kepada topik asal. Oleh kerana mak saya seorang yang tidak minum susu, memang ubat kalsium ada dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi itu ubat bukan SUPPLIMENT! Suppliment SHAKLEE ni sentiasa selamat ok! Terdiri daripada bahan-bahan semulajadi! Saya pun tanya dengan kawan saya  Cia (nama ko masuk lagi dlm n3 neh! ;p ) tentang suppliment yg sesuai untuk mak saya ni. Sebelum ni saya dah pernah beli kat dia GLA dari Shaklee tengok sini (GLA COMPLEX). So Cia cadangkan OSTEMATRIX ni kat mak saya.

Lepas mak saya try tu, dalam seminggu tu mak saya terasa la kesannya. Mak saya ada masalah sakit lutut jugak. So kalau berdidi atau berjalan lama2 tu memang tak larat la. Even kalau duduk kat bawah tu, bila nak bangun balik mesti susah. So bila ambil OSTEMATRIX ni, mak saya cakap, rasa lagi cergas. Sakit lutut pun makin berkurang. ALHAMDULILLAH... Suka saya bila mak kata ada nampak kesan. Sebab mak saya ni pun jenis apa orang kata, jenis susah nak rasi jugak dengan ubat2 semua ni. Sebelum ni macam2 la produk kesihatan dah try tapi takda kesan pun kata mak. Sekarang baru nak masuk botol kedua. Kali ni saya boleh beli sendiri sebab saya dah mendaftar sebagai ahli SHAKLEE! =)  Saya hanya memerlukan khidmat nasihat atau tanya apa2 yang tak faham je dengan Cia. Hehe...

Oh ya OSTEMATRIX ni bagus jugak untuk sesiapa yang cepat letih bila kerja kan. Macam kawan saya dia seorang isteri, ibu dan bekerja jugak! Mana nak kerja lagi, uruskan hal rumah tangga lagi. Memang dia lesu sangat2. Tapi lepas ambil OSTEMATRIX ni, dengan izin Allah barulah badan dia kembali cergas. Takdelah letih macam sebelum2 ni.

Jadi, apa tunggu lagi! JOM DAPATKAN SEGERA OSTEMATRIX NI! Mak saya dah mencuba! Mak, Ayah, atau diri anda sendiri bila lagi???

Sebarang pertanyaan atau nak share mengenai khasiat OSTEMATRIX dialu-alukan ye. Jika berminat boleh komen, PM atau emel saya. Like FB Waniez ShopZ ye... =)

*Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!!! =)
















Friday 14 June 2013

GLA COMPLEX SHAKLEE


Assalamualaikum. Good morning! Ok hari ni nak perkenalkan suppliment dari Shaklee iaitu GLA Complex. Ni dia... TADAAA!!!! 



Apa yang terkandung dalam GLA Complex ni?


- Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
 

 

Apa khasiatnya?


-Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
 
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Saya sudah mencuba sendiri!

Ok saya sendiri dah mencuba GLA ni. Biasalah wanita ni kadang2 ada masalah period tak teratur la, senggugut la. Selepas di perkenalkan GLA ni oleh schoolmate saya Cia (weh name ko masuk dlm blog aku ;p  ) saya pun cuba la. Beli sebotol. Lepas sebulan makan, Alhamdulillah berkesan! (nak tau apa yang berkesan, boleh PM saya... hehe ;p ).

Rupa GLA ni, dia dalam bentuk kapsul jernih warna kuning (lupa pulak nak amik pic die, stok da abes kt saya, tgh nk order lg la nih! ). Alaahh senang cerita macam rupa Vitamin EPO tu la... Kaum wanita tau la EPO tu. Hurm sebelum2 ni p0n saya makan juga EPO tu yg dari klinik, dari farmasi, tp tak berapa nk berkesan. Tp lepas try GLA ni memang berkesan! betul tak tipu!

Yang paling best, selain untuk melancarkan kitaran haid, GLA Shaklee ni jugak bole kawal kolestrol dalam badan kita. Dan dia dapat elakkan pertambahan berat badan! Hahh... ni yang saya suka nih! Yelah korang pernah kan rasa, diet bukan main, tapi berat tak turun2 pun. Bila makan lebih sikit, bukan main cepat je mencanak naik berat! Saya cenggitu la! Lepas saya ambil GLA Shaklee ni, saya terkejut bila timbang, berat saya turun (tapi diiringi dengan kawaln pemakanan kita juga la, kalau makan pun menimbun, jangan nak salahkan suppliment la kalo berat tak turun2! huhu). Lepas 2 bulan makan, berat saya makin senang nak turun sampai 4kg la! Betul! Padahal mula2 makan GLA ni bukanlah tujuan nak kurus pun kan... Tp terus dapat pakej khasiat dia!

Selain tu, GLA ni bagus jugak sebab dia mencantikkan kulit. Lepas ambil GLA ni, terasa kulit terutama muka jadi  bertambah licin... GLA ni jugak dapat elak darah tinggi tau! Alah pendek kata, SUPPLIMENT SHAKLEE ni memang bermacam-macam khasiatlah!! Tak percaya CUBA SENDIRI!!! =)

So sapa2 yang mempunyai masalah period tak teratur ke, senggugut ke, nak cantikkan kulit, nak kawal berat badan, nak jaga kesihatanlah senang cerita, dapatkan GLA COMPLEX SEKARANG!!! Boleh PM saya kalau berminat yer... Komen pun boleh, cumanya kot malu nak tanya kat public kan, boleh emel saya kat alamat yang saya letak kat header tu. Nak pm kat fb p0n boleh. Tengok LINK FB saya kat sebelah kanan anda...Like Waniez ShopZ kat FB yerk! =)

*Kecantikan luaran bermula dari kesihatan DALAMAN!

JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!!!



Thursday 13 June 2013

JOM SIHAT BERSAMA SHAKLEE!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera. Baru buat page baru khaz untuk biznez...hehehe =P  sudi-sudilah menjenguk yer... try test je 1st n3 neh... =P